Hubungan Tanpa Nikah Bawa Padah

Di sebuah negara yang tidak mengamalkan Islam sebagai agama rasminya telah menggubal undang-undang yang sepatutnya dilaksanakan di negara Islam seperti Malaysia. Sejenak penulis bagaikan kagum dengan perlaksanaan undang-undangnya yang mementingkan maruah manusia sejagat. Ikuti kisahnya yang bakal penulis kupas kulitnya sebentar lagi.
Seorang pelakon wanita dari Korea Selatan telah dikenakan penjara lapan bulan oleh sebuah mahkamah rendah di Goyang manakala pasanggannya pula dijatuhi hukuman penjara enam bulan gara-gara melakukan hubungan seks di luar nikah. Bayangkan negara yang majoritinya bukan Islam mempunyai akta perundangan seperti itu. Lelaki dan perempuan tidak boleh sembarangan melakukan hubungan intim tanpa ikatan perkahwinan.
Alangkah bagus jika negara kita juga punya akta seperti itu. Tentu aktiviti pelacuran, perbuatan sumbang antara kekasih dapat dibendung sedikit jika semua pelakunya disumbat ke penjara. Masyarakat Korea sendiri melabelkan perbuatan seumpama itu sebagai perbuatan terkutuk yang perlu diberi hukuman sebagai pengajaran. Justeru, tidak malukah kita yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi sedangkan zina berlaku di sekeliling kita?? Wahai pembesar negara, fikir-fikirkanlah tindakan yang sewajarnya untuk mengekang aktiviti tidak bermoral daripada terus berlaku di dalam masyarakat.
Penulis memuji tindakan badan kehakiman Korea yang menjadikan isu moral di dalam masyarakat sebagai sesuatu yang perlu dipandang serius. Alangkah bagusnya kalau Malaysia juga dapat mengikut jejak langkah mereka di dalam memartabatkan maruah lelaki dan wanita. Sudah tentu ramai ‘pelakon aksi ranjang’ bakal merasa nasi kawah dan bilik berjeriji besi yang memalukan.
Eriyza : Mahu perundangan Islam dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia.
tak sangka kan…kalau kat msia ni mcm2 isu plak jadinya..paling kuat pun kena denda je..
zamz’s last blog post..Staying Indoors For Long Hours Not Good For A Child’s Development
Tuh laa.
Kes khalwat pun slalu kena denda jer.
setakat denda seribu dua pedahal. bagi yg berduit lagi la. huhu
zariel’s last blog post..Kisah Satu Minggu
mungkin dah ade kot akta terhadap penzina ni, tp kes cam ni susah nk cari bukti…. pandangan saya jer…
Kalo kes rogol slalu gak kena hukuman penjara
tp tuk kes zina sy x pasti plak aktanya.
Entahlah kadang kadang malu pada diri sendiri. melihat kelakuan gadis dan remaja melayu sekarang lebih dasyat dari orang Yahudi…
hashim habeed’s last blog post..Kami Selamat Kembali
itulah masyarakat kita skrg… saye x rasa org melayu jer.. malah org islam umumnya… melaui hubungan cam ni la.. lahir keturunan yg rosak…
masalahnya skrg, kes2 berkaitan zina di malaysia ni hanya terpakai kepada penganut islam saje, dan tidak memberi kesan langsung pada penganut bukan agama islam..
mcm korea, tidak ada mahkamah syariah ke apa ke..yg ada cuma mahkamah aje..
jadi bila dikuatkuasakan sesuatu undang-undang tu, sapa2 je yg buat salah, tak kira agama apa pun, tetap kena cantas..
kat mesia? hmph.
sapa gak yang bodoh pandai2 asing2kan mahkamah yg membicarakan macam gini?
inikah yang dikatakan ‘kemerdekaan’?
kemerdekaan taik kucing…
Bukan Islam tuh biaq pi depa laaa kan tp yg dirisaukan
adalah kes zina yg belaku di kalangan umat Islam. Bayo
denda jer, setel. Bagi yg berwang, denda ribu riban tuh
x jadik hal pun. Mana laa depa nak serik. Huh!!!
hoho
emmm nk buat cam mane kite ni byk kaum
kalau malaysia ni
kaum melayu saje tentu peminpin dulu pun buat cam tu
p/s kalau melayu saje skrg xjadi malaysia la
ottel’s last blog post..sakit tenat ari ni dan semalam
Melayu laa nih pun dah MeLAYU.
Huhuhu!!!
mungkinkah susah sangat prosedur menikah di Malaysia
menjadi sebab utama?
BAGAK’s last blog post..Antara Blog Pilihan Malaysia
Ntahlah tp itu x patut dijadikan alasan
tuk bebuat pekara mungkar.
patutnye buat je hukum hudud
Elok gak tuh.
klau kena dedah khlwat pun tak mngape..?
boleh kahwin terus…
jangan lah diakhrat pula lagi teruk kena denda..
sebab alam dunia sudah panas menimbang maksiat…
ingat hadits..
kita hdup tinggal 70thun lahun
1500hjrah itulah penamat bagi manusia..
untuk mncari keinsafan bagi umat islam…
hantar ker e-amil sy kalau nak komen..
ausbin5@gmail.com
@Ausbin
Terima kasih di atas komen anda.
Heharap para pemimpin lebih prihatin
dgn masalah spt ini.
moga berita ini menjadi pengajaran kepada pemimpin2 di Malaysia..
kenapa bila nak solat berpakain lengkap … apakah selepas solat Allah tak nampak..
kenapa undang2 Islam tak dilaksanakan sepenuhnya … apakah Islam tidak syumul?
hydir’s last blog post..Gangguan Seksual: Anda dah buat?
@Hydir
Perundangan Islam tuh dah cantik,
bukan bleh amik separuh jer. Herm!!!
minta maaf kalau ayat2 didalam coment aku ini seakan anti kerajaan…tp ini hanya pendapat aku…bagi aku hanya dua sahaja penyebab utama dalam hal ini…media dan kerajaan….yg kita ketahui..media memng memain pengaruh utama dlm kehidupan kita…pakaian..pemakanan…cara hidup..semua kita terikut dengan media….media yang menjalankan peranan mengikut agama akan dapat menyelamatkan kita…tetapi kalau media menjalankan peranan menyalahi agama..akan menyebabkan sesuatu kaum..negara itu hancur…begitu kuatnya pengaruh media ini…itu sebabnya yahudi berjaya dalam misinya…memesongkan akidah manusia..kalau kita boleh lihat…bagaimana china dahulunya menyekat pengaruh barat…hanya dengan menyekat pengaruh media supaya tidak menyiarkan mengenai apa saja dari barat..begitulah sepatutnya….aku x cakap semua dari barat itu salah…tp ini peranan kerajaan……itu aku cakap..ini penyebab utama kenapa ini terjadi..kerajaan dan media…
jakun’s last blog post..JanGaN GeLaK Tau!!!!
@Jakun
Ada betulnya apa yg awak perkatakan.
Terima kasih.