Assalamualaikum | Salam sejahtera pelawat Inspirasi Dari Kisah Benar.

Ubi Kayu Untuk Dijamu

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .


Hujan lebat yang turun sejak lima hari yang lalu menyebabkan banyak kawasan di Pantai Timur ditenggelami banjir. Hujan bukan sahaja lebat malah tidak berhenti sepanjang hari. Saban hari media massa dan media elektronik melaporkan ribuan penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan akibat banjir. Para pelajar yang menghadapi peperiksaan SPM dan STPM juga menghadapi kesukaran untuk ke sekolah kerana terpaksa meredah banjir yang melanda sekolah. Banjir tahun ini boleh dikatakan agak buruk apabila kawasan yang jarang dilimpahi air turut terjadinya bah. Sesetengah kawasan kejiranan berhampiran kediaman penulis juga turut dilanda banjir kilat walhal hal seperti itu belum pernah berlaku.

Antara kawasan yang dilanda musibah ini buat julung-julung kali ialah Kampung Gong Limau dan Kampung Mak Chili. Alhamdulillah, rumah penulis tidak pula mengalami kejadian seumpama mereka. Syukur ke hadrat Ilahi. Penulis menerima banyak pertanyaan tentang status banjir di tempat penulis sama ada menerusi sms mahu pun yahoo messenger. Terima kasih kepada rakan-rakan yang prihatin dengan keadaan penulis.

Musim hujan begini, ubi kayu antara makanan yang sangat enak untuk dimakan. Ayahanda telah membeli beberapa kilo ubi kayu dan semalam telah direbus untuk dicicah bersama kelapa parut.. Menikmati ubi kayu sambil melihat titisan air hujan sangat menyeronokkan. Apatah lagi jika ia dijamu bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Hari ini pula, lebihan ubi kayu yang ada telah penulis jadikan pengat.  Ayahanda bercerita tentang pengalamannya memakan ubi kayu sebelum ke sekolah. Kami mendengar dengan penuh minat. Jika dahulu, ubi kayu menjadi makanan ruji tetapi kini ia cuma dijadikan pilihan ketika musim hujan.

Mudahan-mudahan banjir yang melanda Pahang, Terengganu dan Kelantan segera pulih agar semua keluarga yang berpindah boleh kembali semula ke rumah masing-masing.

Eriyza :  Makan ubi kayu sambil menginsafi keadaan insan yang serba kekurangan. Walaupun sekadar dicicah dengan kelapa parut tetapi tetap mampu menyenyangkan perut yang berdondang sayang.

Blog Widget by LinkWithin

Diinspirasikan pada 25 November '09 oleh Eriyza, bergenrekan Keluarga, Pengarang, Semasa. 273 kali dibaca

RSS feed

20 Comments »

Comment by Ahmad_KS
2009-11-25 23:51:07

Banyaknya perumahan baru menyebabkan kg Mak Chili banjir.. rumah buat, longkang x buat…

Comment by Eriyza
2009-11-26 12:32:45

@Ahmad_KS
Depa ada wat longkang besar tp mungkin
tak menyeluruh kot. Jadi, kena tambah lagi
longkang besar di kawasan tersebut.

 
 
Comment by Ahmad_KS
2009-11-25 23:53:08

Ning la x bes bagi sikit komentar kat sini ni..asal komen je mesti keluar muka menatang tuh

Comment by Poziabb
2009-11-26 01:02:36

herang gak aku, bakpe bile aku komeng, tubek gambo enseng nih, DOK TUBEK MACANG MUKA MENATANG TUH, ada sesape uleh tulong royak!?

Comment by Eriyza
2009-11-26 12:57:09

@Poziabb
Sebabnya uncle Pozi daptar kat
http://en.gravatar.com/. Hehehe!!!

 
 
Comment by Eriyza
2009-11-26 12:55:15

@Ahmad_KS, anda kena daftar kat
http://en.gravatar.com/ utk dptkan
avatar sendiri, barulah gambar tuh
x muncul.

 
 
Comment by Poziabb
2009-11-26 00:56:19

ALHAMDULILLAH… masih ada anak Tenganu yg makan ubi kayu pada akhir sesuatu tahun, barangkali tak berapa kerat yg tinggal!
memory in another day ==> makan ubi kayu tanpa nyiur + kopi ‘0′ tiada gula = tiga tahun berturut2! ketika ini ubi kayu 60sen boleh dimakan selama tiga hari oleh satu keluarga seramai enam orang…

Comment by Eriyza
2009-11-26 13:03:16

@Poziabb
Dah jadi kebiasaan pada famili kami
tuk menikmati ubi kayu pada musim
hujan, selain memahami kehidupan
orang dulu, ianya juga dpt menginsafkan
diri yg alpa dgn dunia tanpa sempadan.

 
 
Comment by tok jogho
2009-11-26 15:43:49

Tok rase juge nok makang ubi kayu tu tapi tak dok kat umah tok. Kalu ubi stelo tu adelah tok tanang sdiri. Yang ade, ubi kayu tok wak tukak pohong mate kucing, tak kabor2, tengok2 ade beso paha tok doh isi die….nak makang tok tegamok, beso bedooh!!!

Heehee…. jadi ke tok kecek tganu…

Comment by tok jogho
2009-11-26 15:50:34

Oooops!!! Kalu bise, cuba jawak soalang uji minda tok pada entri lamang tok bowoh ni:

Uji Minda Menarik

Pakat2 jawak kalu buleh!!! Hee..he..

Comment by tok jogho
2009-11-26 15:54:08

Guane link tok saloh!!! Anyway ni link Uji Minda Menarik tadi:

http://panduanpercuma.info/rehat-minda/1748/uji-minda-siapa-yang-buat/

Pakak2 jawak deh!! TQ

 
Comment by Eriyza
2009-12-03 13:28:55

@tok jogho
Baguslah tok ni, suka berbudi pada tanah.
Tok ckp teranu tp ada slang kelate.
Hehehe!!!

Comment by tokjogho
2009-12-06 23:14:58

al-maklunglah oghe klate ke? tok dan jugok dok tranu kat kg Fikri zaman 70an dulu, mase kecik2 umr 5-6 thn. suke jugok dok tepi pata..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
 
Comment by arynet
2009-11-27 07:12:11

huh! ubi kayu.. lama cek tak makan nih.. dok kampung dulu rajin la. teringat kampung pulak.. :D

Comment by Eriyza
2009-12-03 13:32:05

@arynet
Kena makan ubi lain laa
kat negara arab tuh.

 
 
Comment by mAtt
2009-11-27 15:28:55

Laparnye… terliur plak kat ubi kayu.. Tambah plak kalau rebus… Enak!!!
http://matt-97.mybrute.com

 
Comment by Active Blogger
2009-11-28 14:02:20

dah lama tak makan ubi… macam susah nak dpt jek rasanya… kalau balik kg boleh la makan agaknya… moyang sy ada tanam kalau tak silap :-)

Comment by Eriyza
2009-12-03 13:34:33

@Active Blogger
Kena balik kampung laa
kalo gitoo. Baru dpt makan.

 
 
Comment by blogresipi
2009-11-29 13:25:37

Kampung eriyza kat mana ye? Kami dari Bukit Kenak, Besut.

Comment by Eriyza
2009-12-03 13:35:30

@blogresipi
Sy tinggal di Kemaman.

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Spam Protection by WP-SpamFree

Trackback responses to this post