Pintu Terkopak Ditalu Kapak

Awal pagi tadi, penulis keluar seperti biasa untuk membuka restoran warung. Penulis membuka laci untuk mencari segugus kunci tetapi kunci tersebut tiada. Penulis mula cuak, berfikir lokasi terakhir penulis meletakkan kunci tersebut. Kunci motorsikal milik adinda bongsu penulis capai. Pintu A berjaya dibuka tetapi kunci untuk pintu B tiada di situ. Segera penulis teringatkan kunci kereta penulis tetapi yang ada cuma kunci pintu utama dan kunci pintu A selain kunci kereta.
Pintu bilik ayahanda penulis ketuk perlahan, cuba bertanyakan sama ada ayahanda terambil segugus kunci yang hilang. Malangnya jawapan yang penulis terima menghampakan. Penulis menggaru kepala yang dilindungi tudung hijau. Malang sungguh, tiada seorang di antara kami yang mempunyai kunci pendua untuk pintu B. Segenap ruang yang dirasakan logik penulis selongkar untuk mencari kunci itu. Penulis melupakan sebentar perihal kunci B apabila pelanggan pertama datang untuk bersarapan. Melihatkan wajah manis kelat penulis, dia menegur dengan ramah.
Pelanggan : Bakpe dok buka pintu?? Dok niaga ke hari ni??
Penulis : Dok jupe cari kunci pintu tu. Niaga cam biasa.
Pintu A digunakan untuk menghantar makanan yang disediakan di dapur manakala pintu B pula laluan utama ketika air minuman dihidangkan. Oleh kerana pintu B tertutup, penulis terpaksa membuat lencongan di pintu A.
Seketika kemudian, penulis mendengar bunyi bising di luar pintu B ketika penulis sedang membungkus nasi lemak. Rupa-rupanya ayahanda sedang mengopak pintu B dengan sebilah kapak. Penulis cuma tersengih. Mudahnya penyelesaian yang ayahanda fikirkan sedangkan penulis mencongak dari tadi cara terbaik untuk membuka pintu tersebut. Rugi sungguh kerana penulis tidak berguru dengan MacGyver.
Sepuluh minit berselang, pembantu penulis datang. Usai menjawab salam, soalan tentang kunci penulis ajukan.
Penulis : Su Lan, napok dok segugus kuci keda??
Pembantu : Ada Su Lan sakut di paku dekak tepak nasi lemak.
Penulis ternganga. Masakan penulis tidak nampak akan kunci itu sedangkan sejak tadi penulis ralit membungkus nasi lemak. Kunci itu betul-betul berada di hadapan tempat penulis berdiri cuma dilindungi dengan sebatang paip air. Kesilapan paling besar ialah penulis langsung tidak melihat ke arah itu sedangkan hampir semua penjuru di dalam kedai sudah penulis periksa. Kalau Allah tidak mengizinkan, sesuatu yang berada di hadapan mata pun kita tidak nampak.
Kemaskini
Petang tadi, ayahahanda sudah memberikan kunci pendua untuk pintu B. Tanpa berlengah lagi, penulis terus meletakkannya bersama kunci kereta penulis. Terima kasih ayahanda.
Eriyza : Nampak gayanya kena memaku semula bahagian pintu B yang telah terkopak. Tukul dan paku sudah ditangan, ayuh kita mulakan. Lelaki bertukang, perempuan cuma pandang.
lala…la…
Ingatkan warung kena rompak td…
Ka Eriy², tajuk gempak woo…
@Daus
Kak Eriyza mmg suka tajuk
yg berirama. Hehehe!!!
kedai makan akak kat ner..
nk g la nnt.
hehehe…
jai pernah tendang pintu umah sebab kunci hilang.. padahal kunci dalam kasut. huhu
@Cikgu Jai
Warung akak kat Kemaman.
Ganas gak Jai nih eh.
Assalamulaikum,akak kemaman?? :hah,kemamn area mana akak?? :D,orang mamang gok nie
@AyieStory
Waalaikumussalam.
Warung ni kat kawasan Chukai.
suspeng sungguh …..
Rasa nak makang nasik lemak blogger je….
kat ane restoran ops warung nye ?
@hashim habeed
Malu nak habaq laa.
Warung buruk jer.
huhu
ini mcm ” kuman seberang laut nampak, gajah dpn mata nampak”
selalu kalu dah mcm gitu , ada le ayat yg keluar
” kalau ular, dah kena patuk dah…”
hahahaha
@Kujie
Biasa laa tuh kak.
Huhuhu!!!
oh….ingatkan kedai dirampok tadi. kus semangat.
@blogresipi
Mintak sisih jejauh perkara camtuh.
lain orang lain caranya! ada yg bukak pintu terkunci dengan dawai jer…
ps – nasib baik dikopak pintu, ada sorang tu dikapak maruah dan harga diri…
@Poziabb
Kalo sy berguru dgn MacGyver,
tentu bleh buka kunci tu dgn dawai.
Wah, ganas betul tu =)
@blinkky
Ganas sket jer tuh.
Hehehe!!!
Bikin suspen aja ini entry..
Biasalah tu kita manusia sering melakukan kesilapan.
Yang penting belajar dari silap.
Jangan buat lagi nanti kopak sana sini pulak
@Mantra
Saja nak timbulkan rasa suspen
InsyaAllah, len kali tak wat lagi.
yang sebenarnye su lan tu baru je letak kunci tu kat paku tu dek takut di pecat, hehehehe!
@nuwa
Iskhh, Su Lan tuh baik orangnya.
Dia takkan wat camtuh.
ganas ayah mung ni..tapi itu je cara penyelesaian terbaik kot.hhee… dah tak jumpa, kapak je la
kalau la kunci tu ular ke, mesti dah lama kena patuk eriyza ni.he..
@azwan
Penyelesaian terbaik tuk masa tuh
sbb pelanggan dah dtg, takkan nak
biarkan pintu tertutup.
Kunci ni perkara biasa lah kalau hilang, abang saya lagi teruk tak tahu letak kereta kat mana, sedangkan dia datang rumah mak saya naik bas sbb kereta rosak. Berjam2 dia cari. Last2 adik ckp tadi hantar kereta ngan dia.Hampeh betul!!
@haritz
Kesian plak kat abg awak.
Heharap lain kali tak berlaku lagi.