Assalamualaikum | Salam sejahtera pelawat Inspirasi Dari Kisah Benar.

Panggung Wayang Gambar

Tags:, .

Panggung Wayang Gambar @ Eriyza.Aeropama.Com

Penulis bukanlah seorang kaki wayang. Namun, pada zaman jahiliah penulis beberapa tahun terdahulu, pernah juga muka penulis terpacul di panggung wayang gambar atau lebih sinonim dengan panggilan pawagam. Seperkara yang pasti, kesemua pemergian penulis ke pawagam adalah di luar kerelaan penulis sendiri. Maknanya, terpaksa akur dengan ajakan orang lain atas alasan untuk menjaga hati kawan.

Penulis hanya pernah menjejakkan kaki sebanyak tiga kali ke pawagam. Dua kali daripadanya di Kemaman dan sekali di Kuantan. Mari kita lihat sebab musabab yang memungkinkan peristiwa ini berlaku.

Kali Pertama

Penulis berusia 12 tahun ketika itu. Masih lagi kanak² yang belum mengerti sepenuhnya erti hidup. Petang itu penulis bersama rakan² seramai 4 orang pergi ke bandar untuk membeli alatan kelengkapan sekolah. Usai membeli, kami melalui kawasan pawagam yang sedang sesak dengan pengunjung. Salah seorang rakan yang terpandang poster besar di situ memberitahu bahawa cerita yang akan ditayangkan ialah Isabella. Teruja dengan barisan pelakonnya iaitu Kumpulan Search yang sememangnya tersohor ketika itu, kami memutuskan untuk memecahkan tradisi dengan menonton wayang. Nasib baik kami punya wang yang cukup untuk membayar tiket. Berdepan dengan suasana gelap gelita, kami tercari² lokasi kerusi kami berdasarkan nombor tiket yang diberi. Maklumlah pengalaman pertama kami membuatkan kami seperti orang jakun. Penulis keluar dari pawagam dengan perasaan bersalah kerana tidak memaklumkan kepada ibu bapa dahulu untuk ke pawagam tetapi jauh di sudut hati tersangat puas kerana dapat melihat Amy Search berlakon filem.

Kali Kedua

Publisiti yang meluas terhadap filem ini telah menyebabkan penulis didesak sekali lagi oleh rakan² untuk sama² menonton filem yang pernah mencetuskan kontroversi ini. Hampir saban hari, promo filem ini disiarkan di kaca tv. Menjelang kemuncak penayangannya, semakin hebat pula ajakan dari rakan² penulis agar penulis turut serta menonton. Oleh kerana penulis agak lemah dengan pujuk rayu terutamanya dari rakan akrab, penulis terpaksa bersetuju. Sewaktu kami menonton filem ini, terlalu ramai manusia yang turut sama menyaksikannya. Hebat betul penangan tv. Kali ini penulis pergi dengan izin walaupun pada mulanya kedua ibu bapa penulis agak berat untuk membenarkan penulis menonton filem yang menerima banyak kritikan ini. Filem yang penulis maksudkan itu ialah Perempuan, Isteri dan …. Sebenarnya pada asalnya perkataan dot dot dot itu ditulis jalang tetapi mendapat respons negatif dari masyarakat Malaysia. Justeru, ia ditukar tajuk. Penulis agak muda untuk menyaksikan filem bergenre sedemikian tetapi demi kawan, penulis turutkan jua.

Kali Ketiga

Inilah kali terakhir penulis menonton filem di pawagam. Jika kedua² filem sebelum ini penulis tonton di Kemaman tetapi untuk kali ini, penulis menontonnya di Kuantan. Pada asalnya penulis menemani seorang rakan untuk berurusan tetapi oleh kerana urusan tersebut perlu ditinggalkan kerana mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan, kami memutuskan untuk pergi window shopping di Megamall Kuantan. Sewaktu sedang melintasi kawasan pawagam di situ, rakan penulis mencadangkan agar kami menonton wayang bagi menghindari bosan sambil menunggu urusan kami selesai. Pada fikiran penulis, ada benarnya juga saranannya itu. Baik kami duduk di dalam bilik berhawa dingin sambil makan pop corn dari berjalan mundar-mandir di dalam kompleks membeli-belah itu. Kami memilih untuk menonton filem The Touch yang kebetulannya akan ditayangkan kira² 10 minit lagi.

Lengkaplah pengalaman penulis menonton wayang di pawagam iaitu sebanyak 3 kali sahaja. Kadangkala terasa menyesal juga kerana tidak menolak ajakan rakan² dengan keras. Cukuplah sebanyak itu sahaja pengalaman penulis tentang wayang, semoga tidak akan ada kali keempat. Lagi pun, panggung wayang di Kemaman sudah lama ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Dengar cerita, pawagam baru bakal dibuka di Mesra Mall tetapi penulis yakin kali ini penulis akan mampu menepis jika ada rakan² mengajak penulis menonton wayang lagi. Penulis bukan budak baik tetapi penulis tidak mahu juga menjadi budak nakal, biarlah segala² berada di paras sederhana.

Eriyza : Tidak pernah membazirkan duit untuk membeli  tiket wayang kerana selalu dibelanja oleh rakan-rakan.

Blog Widget by LinkWithin

Diinspirasikan pada 25 October '08 oleh Eriyza, bergenrekan Laman Web, Memori. 722 kali dibaca

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by apiz
2008-10-29 03:55:51

elok la tu… bkan elok sgt pegi wayang nih… nak sebut sbbnya, banyak sgt..

 
Comment by admin
2008-10-29 13:36:15

Apiz, skrg dah tak pegi tengok wayang kt pawagam dah. Tgk tv ajer kat umah. :)

 
Comment by DownloadLah
2008-10-29 22:32:24

Saja menumpang lalu http://downloadlah.blogspot.com

 
Comment by admin
2008-10-30 00:14:37

Downloadlah, terima kasih sbb sudi singgah. :)

 
Comment by saper ko
2009-05-23 11:11:08

Jgan fokuskan kat melayu jer…

Comment by admin
2009-05-23 12:18:40

@Saper ko
Gambar tuh sekadar hiasan jer.

 
 
Comment by mira
2009-05-24 01:23:16

bagus ar…..
xelok g wyg sbnar yer..
bli vcd ori lg bgs…
leh tgk byk kli kt umh..

Comment by admin
2009-05-24 10:57:22

@Mira
Dedolu minat gak layan vcd,laa nih
malas bebeno nak menonton filem.

 
 
Comment by daun
2009-06-03 10:24:48

xpyhle tgk wyanggg…xbpe elokkkk..btol x??

Comment by admin
2009-06-03 13:00:51

@Daun
Betul betul betul.

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Spam Protection by WP-SpamFree

Trackback responses to this post