Natrah Suatu Sejarah
Khamis lalu bersamaan 9 Julai 2009, media massa sama ada media cetak atau media elektronik telah melaporkan bahawa Natrah telah meninggal dunia. Mungkin ramai anak-anak muda yang kurang tahu tentang kisah hidup Natrah yang telah mencetuskan tragedi berdarah atau lebih dikenali sebagai tragedi Natrah yang berbaur sentimen keagamaan dan warna kulit.
Berikut adalah kronologi perjalanan hidup Natrah yang penuh dengan dugaan maha hebat.

Penulis tidak mahu bercerita lanjut tentang sejarah hidup Natrah kerana anda boleh merujuk Wikipedia. Kali ini penulis ingin membawa anda ke tempat Natrah dibesarkan iaitu Kemaman, Terengganu atau lebih tepat lagi Chukai. Kediaman penulis dengan Natrah boleh dikatakan terlalu hampir, hanya mengambil masa beberapa minit untuk ke lokasi berkenaan jika berjalan kaki. Rumah kayu yang agak besar itu dihuni oleh arwah abang ipar angkat Natrah. Malangnya beberapa bulan lalu, rumah kayu itu telah dirobohkan kerana tanahnya telah dijual setelah arwah meninggal dunia.
Menurut ayahanda penulis, Natrah dididik dengan ajaran Islam sehingga berjaya khatam Al Quran dan tidak mengabaikan solat 5 waktu. Che Aminah juga disebut orang sebagai seorang wanita kaya yang budiman. Secara peribadi, penulis pernah menjejakkan kaki ke sekolah rendah yang sama dengan cucu saudara angkat Natrah iaitu Mohd Akram Bin Abd Aziz. Sewaktu kecil dahulu, penulis selalu mengikut ayahanda menyewa filem aksi Jackie Chan dari kedai video milik salah seorang anak saudara angkat Natrah.
Natrah lambang wanita yang tersepit antara kemahuan dirinya untuk terus kekal menjadi wanita muslim seperti didikan Che Aminah tetapi dipaksa untuk menjadi kristian atas desakan keluarganya sendiri. Kesalan jelas terpahat di hati Natrah apabila 18 orang pejuang Islam syahid dan beratus-ratus orang lagi cedera kerana keberanian mereka mempertahankan akidah seorang gadis muslim. Natrah kekal dikenang di dalam sejarah Malaysia, Singapura dan Belanda dan British.
Antara petikan kata-kata lelaki Islam ketika Tragedi Natrah :-
Pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.
Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha
“Ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi….”
Dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan
“Demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini.”
Laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid
Sumber : Shukur
Video-video berkaitan Natrah :-
Natrah – Handy Black (diharamkan kerajaan pada tahun 1992)
Eriyza : Tahun 1950 orang Melayu memang miskin tetapi mereka sanggup ke Singapura untuk mempertahankan kesucian agama Islam dari dinoda oleh si kafir laknat tetapi pada masa kini mengapa isu murtad dipandang enteng meskipun ia mula menular?? Ayuh, semangat cintakan Islam perlu dipupuk semula sehingga ke titisan darah yang terakhir.
perjuangan mesti diteruskan.. Takbir!!!
Kill-Vearn’s last blog post..Kill-Vearn: iNove Mode
@Kill-Vearn
Perjuangan takkan pernah usai.
dalam akhbar tu yang memberitakan pemergian natrah, juga mengatakan Natrah selalu menyebut dia hanya rasa bahgia dan gembidra pada zaman kanak-kanaknya saja. Dia juga meminta agar jasadnya didermakan ke hospital untuk tujuan penyelidikan, kata anaknya, selama ini dia hidup dengan kehenda orang lain, biarlah kali akhir ini, kehendaknya dipenuhi. Nampak sangat Natrah tak pernah bahagia selepas dia dimurtadkan.
amirahsyuhada’s last blog post..Teacher kenapa?
@amirahsyuhada
Aha, begitu sarat penderitaan yang ditanggung
oleh wanita bernama Natrah. Sudah suratan
hidupnya begitu.
nakEriy,,,jika selama ini kita merasa kita insan malang dan hidup penuh penderitaan, sekarang kita insaf ada insan lain yang lebih malang dan lebih derita.
membaca inspirasi nakEriy kali ini mengingatkan uncle kepada ‘menjejak Natrah’ oleh DBP beberapa tahun dulu…malang sungguh nasib Natrah!
Sangat terharu Tok Wan…
Natrah sangat mahukan hidup zaman kanak2nya..
Hidup dalam suasana Islam yang damai..
Kita pun sepatutnya bersyukur di lahirkan sebagai muslim..
tok wan’s last blog post..PAS Pilihan Manek Urai
tapi Natrah menolak usaha DBP untuk membawanya ke Malaysia, Kemaman, Kampung Halaman Waktu Kanak-kanaknya, hidup sebagai Muslimah dengan aman & tenteram gangguan di akhir usianya…beberapa tahun dulu!
alasannya; ia lebih betah di Belanda sebagai Kristen, selepas meninggalkan Malaysia berpuluh tahun…..
kalau tak silap, Natrah berusia 52 tahun ketika temubual ekslusif oleh DBP.
@tok wan
Jangan jadi Islam pada nama sudah.
@poziabb
Tidak tahu apa yg ada di pikiran Natrah.
mana ada.. ada ko tanya dia ka??
Tok Wan sangat terharu bila dengar kisah Natrah ni….
Islam agama yang penuh suci dah rahmat…
Islam juga mengajarkan kita untuk berani menegakkan keadilan..
Tapi macam mana dengan masyarakat Islam zaman sekarang?
Akidah dalam kalangan masyarakat islam kita semakin terumbang ambing. Jadi, lagu mana kita nak menegakkan Islam seperti hak pejuang2 kita lakukan semasa peristiwa Natrah? Sama2 kita fikirkan..
Assalamualaikum!
Tok Wan…mintak maaf cakap, jangan kecil hati.
Membandingkan suasana pada ketika ‘Peristiwa Natrah’ dengan keadaan sekarang, pada saya kurang relevan.
Ketika itu; orang Melayu hidup bersatu…semangat anti orang putih kafir laknatuLlah sangat tebal.
Kalau nak bandingkan dengan suasana sekarang, hai…ntah la! owang amnu ngan pah xleh temu roma!!!
Lagi sekali mintak maaf, saya tak nak timbulkan polemik di sini…
*nakEriy==>tlg delete komen ni, kalo rasa x sesuai.
petitih pujangga: di padang terbentang di mana tiada helang, ayam mengaku…dialah helang! sekalipun tak pandai terbang. sungguh hairan…lembu masih tersenyum keriangan walaupun tiada apa yang ia faham.
@tok wan
Nak salahkan mak abah pun takleh gak
sbb ada segelintir insan yg dah diberi ilmu
agama secukupnya maseh tegelincir gak.
@poziabb
Komen uncle nih tak ‘panas’ sgt, jd tak
pelu dibuang. Terima kasih ye.
sian budak tu,masa kecik lagi dah dipaksa murtad.
tapi apakan daya,dia pun tak mampu nak buat apa2 time tu….
blowie’s last blog post..Manchester United atau Malaysia sampah?
@blowie
Aha, masa Natrah kecik dolu dia
memang tak berdaya nak membantah
keputusan mahkamah.
Ada baca jugak cerita ni dalam paper hari tu. Sedih rasanya…
blinkky’s last blog post..Great Photo Effect With BeFunky.com
@blinkky
Memang sedeh.
Hm.. memang terkesan di hati bila baca kisah ni..
@zool
Baguslah sbb mendatangkan kesan.
saya baru tahu tentang kisah natrah sehari sebelum dia meningal, saje tekan laman rawak kt wikipedia hari tu,keesokan harinya natrah tu dh meningal…. :’(
natrah’s last blog post..Remembering Natrah part 1
@natrah
Kisah Natrah ni bleh diceritakan
plak pada generasi akan datang.
kisah natrah patut dijadikan pengajaran…
Natrah sebenarnya mangsa keadaan.pertembungan undang-undang syariah dengan undang2 sivil….yg akhirnya memihak kepada undang2 sivil….
hari ini kita tetap tidak tahu apakah agama terakhir yg dianuti oleh natrah….secara formal dia adalah kristian…tetapi adakah kita boleh membaca hatinya..?kalau dia islam..syukur alhamdulillah.setahu saya dia masih mengamalkan beberapa ajaran islam…seperti membaca surah2 yg masih diingati…allahuallam.
@nani
Natrah mangsa keadaan pada masa itu.
Kalaulah dia sudah mencapai usia 18 tahun
ketika itu, tentu situasinya berlainan.
saya menbaca dan mengkaji kisah natrah sejak di zaman saya belasan tahun lg….kini hampir 12 tahun berlalu..saya masih lg mengingati dan membaca kisah hidup natrah….natrah..kasihnya yg tidak berbelah bg terhadap suami..mansur adabi…terhadap aminah ibu angkatnya…dan tanah melayu…kelembutan dan kedamaian hidup dalam suasana melayu.suasana itu hanya dapat dirasai sewaktu zaman kanak-kanak sahaja.
@nani
Nampaknya anda sangat berminat
dgn kisah hidup Natrah.
malam tadi jam 9.30 malam dalam kesibukan menyiapkan tugasan dan kerja rumah yg tk pernah habis…saya sempat menonton rancangan Hujah di tv9….memperkatakan tentang kisah hidup natrah.Kagum dengan panel yg dijemput menceritakan tentang tragedi berdarah itu..
saya kagum dengan semangat org melayu pada masa itu kerana sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan kesucian islam dan akidah seorang islam…walaupun tanpa pertalian darah….melayu pada masa itu bersatu atas nama agama islam dan jati diri melayu yg kuat.
@nani
Sememangnya semangat kemelayuan yang
sedemikian yang kita harapkan bersemarak
semula tp melayu skrg makin layu.
hanya kosong poing kosong kosong tujuh peratoh jer melayu yg tidak mudah lupa! selebenye, macang tuko nger pahak!!! *syhhh…’kajian ke atas tiga buah sekolah agama di k.trg pd awal 80an melibatkan lebih 3000 responden!’ HAIRAN=>YG TERLIBAT NGAN KAJIAN BOLE SENYUM MELIHAT HASILNYA, termasuklaakutuhhuhuhu!!!
slm…klw ikut fakta yg ditulis & dibaca…
bertha & benny diserahkn kt che aminah…
tp in the end…bertha jew yg disebut & direbut…
mne pegi la si benny..??x dinyatakn..
@kaidisya
Wsalam. Ntahlah, mungkin dorang
terlupa hendak mencatat seme fakta.