Izz merenung kosong sekeping gambar seorang gadis yang diberi oleh ibunya. Langsung tidak punya perasaan apabila melihatnya. Gadis itu kelihatan biasa padanya, tiada keistimewaan. Malah, dia sempat tersengih sewaktu mengamati pakaian gadis itu.
Malam 31 Januari lalu penulis berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Mr Parmjit Singh Gill (PJK). Beliau adalah pelanggan penulis. Seminggu sebelum majlis berlangsung beliau telah mengedarkan kad undangan dan penulis bertanyakan banyak soalan kerana kali pertama bakal menjejakkan kaki ke perkahwinan kaum Sikh (maaf kalau salah sebab penulis kurang pasti).
Gugur jua airmata jantan Fahrin Ahmad dek tekanan emosi akibat perbuatan bekas teman wanitanya iaitu Linda Onn yang telah membuat kenyataan di akhbar Sinar Harian dan The Star bahawa Fahrin seorang yang panas baran dan kaki pukul.
Setelah hampir setahun blog tutorial menggunakan domain percuma dari Zonestraits, akhirnya penulis membuat keputusan untuk kembali semula ke domain asal di blogspot. Hal ini dilakukan berikutan domain tersebut tidak lagi relevan untuk digunapakai. Penukaran ini berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini, anda wajib mengakses blog itu dengan menggunakan alamat baru iaitu http://eriyza.blogspot.com manakala pautan lama iaitu http://eriyza.via.my telah dipadam.
Semalam sewaktu menonton Buletin Utama, pemberita memaklumkan bahawa Sultan Johor telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri kerana gering. Akan tetapi apabila menonton Nightline, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan khabar bahawa Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah mangkat pada jam 7.15 malam, 22 Januari 2010.
Penulis menyertai pertandingan lagi. Nampaknya blog ini asyik dikemaskini dengan topik pertandingan. Idea untuk menulis ada tetapi malas hendak diaplikasikan ke dalam blog. Kadangkala penulis fikir blog peribadi lebih susah ditulis berbanding blog tutorial. Berbalik kepada perkara asal, pertandingan ini dianjurkan oleh Yanmie.
Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.
Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama
untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/
Setiap makhluk Tuhan di dunia ini dikurniakan seorang ibu dan seorang ayah sahaja. Sewaktu anak dilahirkan, merekalah insan yang paling bahagia menerima orang baru sebagai pelengkap sebuah kehidupan. Hari demi hari anak itu dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Mereka berusaha memenuhi setiap kehendak anak bersesuaian dengan kemampuan mereka. Akan tetapi, apabila anak itu sudah besar dan mempunyai keluarganya sendiri, orang tuanya diketepikan begitu sahaja.